
Gabungan itu menghantar surat tuntutan kepada pengerusi dan ketua penerangan PN itu, menuntut mereka memohon maaf secara terbuka atas tuduhan yang disifatkan sebagai “sangat melampau” dan “fitnah melulu”, dan membayar pampasan.
BN menepis tuduhan mereka sebagai “alasan” terhadap “masalah” dalam PN, dan berkata ia tidak boleh dibiarkan.
“Tindakan menuding jari dilihat seperti langkah yang biasa mereka untuk menutup kelemahan dan menjadikan diri mereka sebagai mangsa pendakwaan politik sedangkan rakyat kini melihat yang dituduh adalah dari kepimpinan parti mereka sendiri,” menurut kenyataan Pengarah Komunikasi BN, Shamsul Anuar Nasarah.
Menurut Sinar Harian, Muhyiddin pada 21 Feb lalu menuduh Zahid sebagai dalang di sebalik tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin Bersatu.
Selain Wan Saiful, Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad juga didakwa meminta dan menerima rasuah berkait program Jana Wibawa.
Muhyiddin mendakwa tuduhan itu sebahagian usaha BN dan Pakatan Harapan untuk melumpuhkan Bersatu serta PN selepas prestasi baik gabungan itu dalam PRU15.
Menurut Agenda Daily, Azmin menuduh Putrajaya cuba menutup kelemahannya dengan memberi tekanan kepada PN.