
Dalam kejadian 1.45 tengah hari tadi, Mohd Mirwan Mohd Remli, 40, yang bekerja sebagai buruh kilang dipercayai hilang ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, Muhammad Zafran Aidil, 12, yang hampir lemas.
Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan, berkata menurut laporan, mangsa bersama isteri serta dua anak lelaki mereka yang tinggal di Kampung Ibok, dekat Kijal, tiba di lokasi kejadian pada 9.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, ketika asyik mandi, seorang anak lelaki mangsa dibawa arus ke tengah sungai menyebabkan mangsa yang sedang memancing bergegas menyelamatkannya.
“Anak mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan pokok berhampiran. Namun, pengadu yang juga isteri mangsa panik apabila melihat suaminya tenggelam…tidak timbul-timbul,” katanya dalam kenyataan.
Susulan itu, isteri mangsa terus bergegas mendapatkan bantuan orang kampung dan membuat laporan di balai polis berhampiran.
“Kerja mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan dengan kerjasama bomba dan agensi penyelamat lain.”