
Katanya, skim itu adalah projek rintis untuk mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di hospital kerajaan.
Beliau berkata, skim itu merupakan kemudahan “kredit” untuk golongan B40 menemui pegawai perubatan am di klinik swasta tanpa perlu ke Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.
“Ia termasuk mengoptimumkan penyumberluaran pesakit dari hospital sesak kepada hospital lain, termasuk hospital universiti, hospital tentera dan hospital swasta,” katanya menurut Bernama.
Skim itu termasuk dalam peruntukan RM36.3 bilion untuk Kementerian Kesihatan.
“Selain itu, RM3 bilion yang diperuntukkan bagi lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi membolehkan kementerian mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah kesesakan tersebut.”
Disember lalu, Zaliha dilaporkan berkata, KKM merangka pelan untuk menyelesaikan masalah kesesakan di hospital awam, antara faktor dikenal pasti adalah kekurangan peruntukan, kakitangan kesihatan dan kemudahan untuk keperluan pesakit.