
PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad, akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu akan datang.
Perkembangan itu disahkan oleh pegawai Ahli Parlimen Parit Sulong yang dihubungi FMT, selepas dilapor menyerahkan borang pencalonan pagi tadi.
Beliau dijangka dicabar bekas ketua sayap, Shahrizat Abdul Jalil.
Shahrizat mengesahkan bertanding jawatan ketua Wanita pada 17 Feb lepas, dengan visin untuk memperkukuh dan melebarkan sayap itu.
Noraini menggalas jawatan ketua Wanita sejak 2018, mengambil alih daripada Shahrizat yang memimpin sayap itu dari 2009 hingga 2018.