
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata, pemberian subsidi secara berterusan tidak mampu mengeluarkan pekebun kecil dari belenggu kemiskinan.
“Mereka (pekebun kecil) boleh jadi pemegang saham, dan mereka dapat pendapatan yang pelbagai daripada gaji, sewaan.
“Rakan-rakan saya dalam kementerian sedang perincikan bersama syarikat dan pekebun kecil,” katanya dalam sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen.
Fadillah berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar melibatkan rakyat.
Terdahulu Perdana Menteri Anwar dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2023 berkata kerajaan beriltizam untuk membantu kira-kira 130,000 rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang dan kaum.
Sehubungan itu, Fadillah yang juga menteri perladangan dan komoditi yakin pekebun kecil mampu dikeluarkan dari kemiskinan tegar melalui usaha terbabit.
Sementara itu Fadillah berkaitan projek di Sabah dan Sarawak pula akan disegerakan dengan peruntukan khas lebih RM20 bilion yang diberikan dalam belanjawan tahun ini.
“Saya berbesar hati perdana menteri ingin meneruskan projek ini dan turut memberikan peruntukan khusus sebanyak RM6.5 bilion untuk Sabah dan RM5.6 bilion bagi Sarawak.
“Saya diarahkan secara spesifik untuk melihat projek lebuh raya berkenaan dan memastikan ia dapat disiapkan dalam kadar yang segera,” katanya.
Fadillah turut berkata laluan di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan juga akan dinaik taraf susukan Kalimantan akan menjadi ibu negara Indonesia yang baharu.
Melalui Belanjawan 2023, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi perancangan membangunkan bandar yang bersempadan dengan Kalimantan.
Geran Khas Sarawak di bawah Perkara 11D Perlembagaan Persekutuan juga dinaikkan peruntukannya kepada RM300 juta tiap-tiap tahun.