Cukai individu berpendapatan tinggi dinaikkan sehingga 2.0%

Cukai individu berpendapatan tinggi dinaikkan sehingga 2.0%

Ia melibatkan banjaran (range) lebih RM100,000 hingga RM1 juta, demikian umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR:
Kadar cukai pendapatan individu berpendapatan tinggi akan dinaikkan antara 0.5% hingga 2.0% melibatkan banjaran (range) lebih RM100,000 hingga RM1 juta, demikian umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar berkata kurang daripada 150,000 orang pembayar cukai akan dikenakan cukai lebih tinggi

Sementara itu, Anwar berkata kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2.0%, melibatkan banjaran pendapatan bercukai lebih RM35,000 hingga RM100,000.

Katanya, kira-kira 2.4 juta pembayar cukai individu daripada kumpulan M40 bakal menikmati pengurangan cukai dengan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.

“Selama ini, golongan B40 sering diberikan pelbagai bentuk bantuan sementara kumpulan pertengahan, M40 menunjukkan kesabaran mereka meski terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam.

“Sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi lebih manfaat kepada mereka,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Secara keseluruhan, Anwar berkata langkah berkenaan melibatkan pengurangan hasil cukai bersih kerajaan sebanyak RM900 juta untuk manfaat rakyat, khususnya M40.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.