
Anwar turut mengumumkan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
“Pentadbiran ini mengambil pendekatan dasar Belanjawan 2023 yang mengembang sebagai usaha mendukung pertumbuhan ekonomi supaya limpahannya dapat dinikmati semua rakyat,” katanya dalam ucapan kepada Dewan Rakyat.
Menghuraikan peruntukan untuk pembangunan, Anwar berkata ia ditingkatkan daripada RM71.6 bilion tahun lalu, untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, baik pulih prasarana awam, dan kemudahan desa.
“Dengan pembaharuan tatacara perolehan Kerajaan, akan dipastikan perbelanjaan tambahan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat,” katanya.
Anwar dalam penerangannya berkata negara di ambang “tempoh kritikal dalam sejarah”, yang mana ia perlu mengawal kedudukan fiskal termasuk masalah hutang, dan pada masa sama menopang pertumbuhan ekonomi.
Beliau melaporkan kepada Dewan Rakyat bahawa Bank Dunia menganggarkan pertumbuhan KDNK tahun ini diunjur pada kadar 4%, “dengan mengambilkira tinjauan ekonomi global yang mencabar”.
Pentadbirannya bagaimanapun meyakini prospek ekonomi domestik semakin mengukuh, mengunjurkan pertumbuhan sekitar 4.5%.
“Malah, mengambilkira ikhtiar untuk melaksana pembaharuan dan reformasi pentadbiran, saya yakin negara akan melepasi unjuran KDNK 4.5 peratus,” katanya.
Anwar melaporkan kepada Dewan Rakyat bahawa kutipan hasil 2023 dijangka berjumlah RM291.5 bilion, berbanding RM294.4 bilion tahun lalu.
“Namun, ini belum mengambilkira sumber hasil tambahan dan yakin akan meningkatkan hasil tahun ini ke paras yang lebih tinggi,” katanya.
Anwar melaporkan kepada Dewan Rakyat bahawa kutipan hasil 2023 dijangka berjumlah RM291.5 bilion, berbanding RM294.4 bilion tahun lalu.
“Namun, ini belum mengambilkira sumber hasil tambahan dan yakin akan meningkatkan hasil tahun ini ke paras yang lebih tinggi,” katanya.
Pentadbirannya juga mengurangkan defisit fiskal 2023 kepada 5%, berbanding 5.6% pada 2022.
“Kerajaan bertekad untuk mencapai tahap defisit fiskal yang mampan dalam jangka masa sederhana dengan sasaran 3.2% kepada KDNK menjelang 2025 tertakluk pada pertumbuhan ekonomi yang terus kukuh,” katanya.