
Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata dalam video berdurasi 14 saat di laman Facebook itu, yang dikesan pihaknya kira-kira 7.30 malam, kelihatan mangsa tidak menyedari suspek sedang menunggunya membuka kunci kenderaan.
Zam Halim berkata selepas mengisi minyak, wanita itu membuka kunci kereta dan suspek dengan pantas menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.
Hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 9 pagi dan melibatkan dua lelaki bertopi keledar menaiki motosikal.
“Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa dan anggaran kerugian sebanyak RM500,” menurutnya dalam kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.