Zaid mahu tanding MKT Umno

Zaid mahu tanding MKT Umno

Bekas menteri undang-undang itu berkata beliau akan menghantar borang permohonan untuk bertanding esok.

Zaid Ibrahim kembali kepada Umno pada Sept tahun lalu selepas meninggalkan parti itu 14 tahun lalu.
PETALING JAYA:
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Zaid membuat pengumuman itu dalam satu hantaran di Twitter hari ini.

“Esok, saya akan mengemukakan borang permohonan saya untuk bertanding kerusi ahli Majlis Tertinggi Umno,” katanya.

Pemilihan MKT Umno dijadual diadakan pada 18 Mac ini.

Zaid kembali kepada Umno pada Sept tahun lalu selepas meninggalkan parti itu 14 tahun lalu.

Katanya, keputusan beliau kembali kepada Umno kerana mahu membantu “pembaharuan dari dalam”.

Beliau kali pertama menyertai Umno pada 2000. Zaid memenang Parlimen Kota Bharu pada 2004 tetapi digugurkan dalam pilihan raya umum 2008.

Zaid digantung keahlian pada 2008 sebelum beliau menyertai PKR pada 2009 tetapi meninggalkan parti itu setahun kemudian.

Pada 2010 Zaid menubuhkan Kita tetapi meletak jawatan sebagai ketuanya dua tahun selepas itu.

Beliau menyertai DAP pada 2017 sebelum meninggalkan parti itu tiga tahun kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.