PAS hormat keputusan Azmin berehat, masih semangat tawan Selangor

PAS hormat keputusan Azmin berehat, masih semangat tawan Selangor

Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata tindakan Azmin tidak menjejaskan persiapan gabungan itu bagi berdepan PRN yang dijangka diadakan selepas Jun.

PAS yakin kejutan mampu berlaku pada PRN Selangor walaupun Mohamed Azmin Ali umum berehat sementara daripada politik.
PETALING JAYA:
PAS menghormati keputusan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Mohamed Azmin Ali untuk berehat sementara waktu daripada arena politik.

Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata tindakan bekas menteri besar Selangor itu tidak menjejaskan persiapan gabungan terbabit bagi berdepan PRN yang dijangka diadakan selepas Jun.

Menurutnya, jentera PAS dan PN bergerak seperti biasa yang dilihat lebih bersemangat untuk menawan Selangor selepas mencatat keputusan baik pada PRU15.

Pada pilihan raya umum November tahun lalu, PN menang 6 daripada 22 kerusi Parlimen di negeri itu. Bagaimanapun, Azmin tewas di tangan Menteri Besar Amirudin Shari yang merupakan anak didiknya ketika bersama dalam PKR.

“Persediaan bagi menghadapi PRN terus digerakkan dan tidak terjejas sedikit pun,” kata Roslan kepada FMT.

Pada 12 Feb lalu, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mengumumkan berehat sementara daripada politik untuk merancang kembali kariernya.

Sementara itu, Roslan berkata kemenangan PN di enam kerusi Parlimen di Selangor pada PRU15 menyemarakkan keyakinan penyokong gabungan itu bahawa satu kejutan besar boleh berlaku pada PRN negeri berkenaan.

“Tambahan sokongan besar pengundi Melayu dan pengundi muda berpihak pada calon PN.

“PAS dan Bersatu sedang mengadakan siri pertemuan bagi menyusun gerak kerja PN di Selangor, kita juga akan libatkan Gerakan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.