Polis tahan lelaki tayang pistol, gari di media sosial

Polis tahan lelaki tayang pistol, gari di media sosial

Suspek berusia 46 tahun didakwa menayang video dengan tangan bergari dan memegang senjata api dalam sebuah kenderaan baru-baru ini.

Polis berkata pihaknya terima laporan polis Jumaat lalu berhubung video berdurasi lima saat memaparkan suspek bergari dan memegang pistol di Telegram. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki selepas perbuatannya menayang video dengan tangan bergari dan memegang senjata api dalam sebuah kenderaan tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada 1.05 pagi Sabtu lalu.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit dan seutas jam tangan berjenama dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 89 Akta Polis 1967 serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.”

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya menurut Bernama.

Terdahulu, Noor Dellhan berkata, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Dang Wangi menerima laporan polis Jumaat lalu berhubung video berdurasi lima saat yang tular di Telegram.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.