Rasuah pengadu RM7,000 tarik laporan polis, penjawat awam ditahan

Rasuah pengadu RM7,000 tarik laporan polis, penjawat awam ditahan

Sumber berkata, lelaki yang bertugas di Beluran itu sudah disiasat polis mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana terbabit kes samun berkumpulan.

Penjawat awam itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Sandakan hari ini.
PETALING JAYA:
Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sandakan, Sabah hari ini kerana memberi wang rasuah kepada seorang pengadu sebagai dorongan menarik balik laporan polis terhadapnya.

Sumber dipetik Bernama berkata, suspek lelaki berusia 40-an yang bertugas di Beluran itu sudah disiasat polis mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana terbabit kes samun berkumpulan.

Menurutnya, suspek kemudian menawar serta memberikan RM7,000 kepada pengadu sebagai dorongan menarik balik laporan itu pada 30 Okt 2021.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy mengesahkan suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Sandakan hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 serta deposit RM1,000 dan seorang penjamin.

Beliau berkata, lelaki itu akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam masa terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.