
Beliau terkejut dengan keputusan itu yang tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, sebaliknya hanya mendapat tahu daripada rakan serta media sosial.
“Saya akan timbang untuk ambil tindakan undang-undang, tengok macam mana, kalau ada ruang saya inilah (tindakan susulannya), saya sendiri pun terkejut tidak diberitahu awal.
“Kalau tak boleh (melalui perundangan), saya tengok macam mana, tetapi pada saya ini teknikal saja, mungkin kalau orang itu berpihak kepadanya, dia minta buat surat, ‘backdated’ dan sebagainya.
“Ini semua perkara biasalah, (layanan) kepada pembangkang, tapi saya tiada masalah. Kalau itu takdirnya, saya reda kerana rezeki saya sampai di situ,” katanya menurut Sinar Harian.
Terdahulu, Ng mengisytiharkan kerusi Batang Kali kosong berkuasa kuasa 28 Jan lalu kerana Harumaini tidak menghadiri sidang DUN Selangor selama enam bulan berturut-turut tanpa sebarang notis.
Katanya, Harumaini tidak menghadiri sidang DUN dari 23 hingga 30 Nov lalu, 1 hingga 2 Dis dan 5 hingga 6 Dis 2022.
Merujuk rekod kehadiran sidang DUN Selangor, kali terakhir beliau hadir adalah 27 Julai 2022.