
Pemangku Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi, berkata seorang saksi melihat mangsa terduduk di lantai di zon kuning hospital berkenaan selepas suspek berusia 22 tahun itu menikam di bahagian pinggang sebelah kanan menggunakan pisau pada 3.45 petang semalam.
“Keadaan mangsa stabil setelah menjalani pembedahan dan akibat serangan tersebut mangsa mengalami kecederaan pada abdomen kiri dan kanan serta di bahagian belakang badan.
“Satu kertas siasatan dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, suspek diberi rawatan dan ditempatkan di wad psikiatri Hospital Selayang dan punca dia menyerang mangsa masih belum diketahui.