Isu ‘kera Hulu Langat, Pendang beruk’ selesai, Ahli Parlimen berdamai

Isu ‘kera Hulu Langat, Pendang beruk’ selesai, Ahli Parlimen berdamai

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memaklumkan perkara itu di Parlimen selepas Sany Hamzan dan Awang Hashim bersemuka di pejabatnya semalam.

Isu panggilan kera dan beruk antara Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan serta Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim selesai.
KUALA LUMPUR:
Isu panggilan “beruk” melibatkan Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) dalam pertikaman lidah dengan Awang Hashim (PN-Pendang) pada sidang Dewan Rakyat 19 Dis lalu selesai.

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, memaklumkan perkara itu di Parlimen selepas Sany dan Awang bersemuka dan berdamai di pejabatnya semalam.

“Berkaitan isu dibangkit YB Pendang semalam, saya jumpa di kamar saya YB Pendang dan YB Hulu Langat dan ia diselesai dengan baik antara mereka berdua.

“Saya ucap terima kasih, ini contoh YB ada integriti dalam dewan ini,” katanya di Parlimen.

Perkara itu turut disahkan Awang ketika dihubungi FMT, sambil memaklumkan kes dianggap selesai.

Semalam, Awang meminta Johari membuat keputusan berhubung isu antaranya dengan Sany yang tercetus pada sidang Parlimen lalu.

Pasa 19 Dis lalu, Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Sany didakwa mengeluarkan perkataan biadap itu.

Ia tercetus apabila Sany berang selepas mendengar Awang mengungkapkan, “Kami tidak jadi kera lah, Hulu Langat.”

Sany yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu bangun dan menggelarkan Awang sebagai “Pendang beruk”.

“Eh…hang Pendang (Awang) apa? Beruk?… Hang beruk, Pendang beruk. Dia sebut dulu (kera). Hey, dia sebut dulu kera. Ini satu lagi perangai tak elok,” kata Sany pada sesi perbahasan undi percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Awang kemudian menjelaskan perkataan kera bukan dituju kepada Sany, sebaliknya ia difahami secara salah dan meminta wakil rakyat itu menarik balik tuduhan “beruk” dan memohon maaf.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.