Penceramah mohon maaf berkait kenyataan ‘sembah syaitan’

Penceramah mohon maaf berkait kenyataan ‘sembah syaitan’

Mohamad Wadi Annuar Ayub berkata beliau terlepas pandang dan terkhilaf apabila menyebut perkataan itu dalam ceramahnya.

Penceramah Mohamad Wadi Annuar Ayub berkata beliau tidak berniat menghina atau menyinggung perasaan penganut agama lain. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Penceramah Mohamad Wadi Annuar Ayub membuat permohonan maaf susulan kenyataannya dalam ceramah yang menegur segelintir orang Melayu menyertai perarakan Thaipusam baru-baru ini.

Wadi berkata, pada ceramah itu beliau menegaskan menjadi kesalahan dalam Islam untuk menyertai perayaan agama lain yang berbentuk keagamaan.

“Bagaimanapun, saya terlepas pandang apabila menyebut perkataan ‘sembah syaitan’ dan kekhilafan itu daripada diri saya sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Wadi berkata, beliau tidak berniat menghina atau menyinggung perasaan penganut agama lain.

“Dengan ini, saya memohon maaf kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di atas kenyataan tersebut. Di sini juga saya ingin menyatakan bahawa saya sangat menghormati semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.