
Pada prosiding secara dalam talian hari ini, Hakim Hassan Abdul Ghani mendengar hujahan daripada Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili Hadi dan peguam Mohd Hafarizam Harun mewakili Jasmira sebagai pempetisyen.
Selain itu, Hadi turut diwakili peguam Saifuddin Othman, manakala Jasmira diwakili Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, Norhazira Abu Haiyan dan Muhammad Amin Othman.
Hakim turut memerintahkan Hadi membayar kos RM20,000 kepada Jasmira dan menetapkan perbicaraan petisyen itu pada 6 Mac ini.
Pada 3 Jan lalu Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ketua Umno Terengganu Ahmad Said dilapor berkata, petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov lalu iaitu beberapa hari sebelum PRU15, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.
Pada PRU15 lalu Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi menewaskan Jasmira, calon Pakatan Harapan (PH) Azhar Ab Shukur dan calon Pejuang Zarawi Sulong.