
Azmin yang juga ketua penerangan Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau membuat keputusan itu kerana mahu merancang kembali karier politiknya.
“Kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah rehat seketika dalam karier saya untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Namun, keazaman saya untuk terus berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan terhenti,” katanya di Twitter.
Bekas timbalan presiden PKR itu memenangi kerusi Parlimen Gombak pada 2008 tetapi meninggalkan parti itu bersama 10 Ahli Parlimen lain pada Februari 2020 dalam gerakan politik dikenali sebagai “Langkah Sheraton” yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.
Bekas menteri besar Selangor itu kemudian dilantik sebagai menteri kanan dalam pentadbiran bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.
Selepas kerajaan Muhyiddin ditumbangkan, Azmin sekali lagi dilantik sebagai menteri bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.
Pada PRU15 Azmin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak apabila tewas kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dengan majoriti hampir 13,000 undi.
Bagaimanapun, Azmin masih Adun Bukit Antarabangsa, kerusi dimenanginya dalam PRU14 pada 2018.
Sebelum ini terdapat khabar angin Azmin mungkin kembali menjadi calon menteri besar Selangor untuk PN dalam pilihan raya negeri akan datang.