Nahas van di Genting Highlands, angka korban meningkat

Nahas van di Genting Highlands, angka korban meningkat

Polis berkata, Chew Chong Beh, 73, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur meninggal dunia pada 1.46 tengah hari Jumaat.

Keadaan van persiaran yang terbabas dan melanggar tembok penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands Rabu lalu. (Gambar China Press)
PETALING JAYA:
Angka korban dalam kemalangan maut van persiaran di KM4.8 Jalan Genting Highlands meningkat kepada lapan orang.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Chew Chong Beh, 73, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) meninggal dunia pada 1.46 tengah hari Jumaat.

Katanya, enam lagi mangsa cedera, termasuk empat yang sedang dirawat di HKL, seorang di Hospital Temerloh dan seorang lagi dibenarkan keluar hospital.

“Sehingga 6 petang tadi, lapan mangsa disahkan meninggal dunia dan polis Kontinjen Pahang mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat kemalangan berkenaan,” katanya menurut Bernama.

Sebuah van persiaran yang dinaiki 14 orang dikatakan terbabas dan melanggar tembok penghadang jalan ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Pulau Pinang Rabu lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.