
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan ditemui 6.30 petang pada jarak 200m dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
“Operasi menyelamat mangsa kedua Muhammad Rizqullah Mohd Shafie berusia 10 tahun giat dijalankan,” katanya menurut Berita Harian.
Norazam berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika dua kanak-kanak itu dikatakan bermain air berhampiran longkang sebelum tergelincir dan dihanyutkan arus deras.
Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 4.44 petang tadi.
“Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia lapan dan 10 tahun dipercayai hanyut dalam longkang,” katanya.