
Ahli Majlis Dewan Tertinggi MN, Khairuddin Abu Hassan, berkata dalam perjumpaan itu nanti, Presiden MN Annuar Musa akan berbincang dengan Mahathir berhubung hala tuju pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.
“Perjumpaan ini penting kerana Mahathir (pernah) berkata kita kena duduk semeja dan perlu menganjurkan penyatuan dan perpaduan secara total di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Muafakat Nasional bertajuk “Muafakat Demi Negara” di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Melor, semalam.
Antara panel yang hadir pada wacana itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Mohd Nassuruddin Daud dan pendakwah serta penceramah bebas Mohd Ridhuan Tee Abdullah.