
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 27 Jan lalu menggantung keahlian Bendahari Agung Barisan Nasional, Hishammuddin Hussein, dan bekas ADUN Tiram, Maulizan Bujang, selama enam tahun.
Zahid berkata rayuan akan diserah kepada Lembaga Disiplin untuk menentukannya.
“Setakat ini, belum ada pemimpin Umno yang digantung dan dipecat keahliannya mengemukakan rayuan. Saya akan terima tapi biarkan Lembaga Disiplin untuk teliti,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Terdahulu, Ketua Umno Johor, Khaled Nordin, dilaporkan mahu Hishammuddin dan Maulizan mengemukakan rayuan serta membela diri terhadap pertuduhan dihadapi mereka.
Umno Sembrong mengkritik hukuman ke atas Hishammuddin terlalu berat.