SPRM siasat dakwaan pecah amanah wang zakat di MAINS

SPRM siasat dakwaan pecah amanah wang zakat di MAINS

Menteri Besarnya, Aminuddin Harun mahu SPRM mengambil tindakan segera, sekiranya dakwaan salah laku itu benar.

Aminuddin Harun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan salah laku dan rasuah membabitkan pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis sedang menyiasat dakwaan rasuah membabitkan jutaan ringgit zakat yang dikutip Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), kata Menteri Besarnya, Aminuddin Harun.

“Saya rasa SPRM dan polis masih menjalankan siasatan, jadi kita serah kepada pihak yang menyiasat kes itu.

“Jika betul ambil tindakan, jika tidak maklum kepada masyarakat bahawa apa yang berlaku sebenarnya,” katanya menurut Berita Harian.

Aminuddin berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku kerana tidak lagi berada dalam MAINS.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan pecah amanah mengaitkan beberapa pegawai MAINS membabitkan jutaan ringgit kutipan zakat.

SPRM dilaporkan sudah menerima maklumat berhubung dakwaan itu, tetapi tiada tangkapan dibuat sehingga kini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.