Anwar kembali ke ibu pejabat Umno malam ini

Anwar kembali ke ibu pejabat Umno malam ini

Perdana menteri dijadualkan hadir ke Menara Dato' Onn kira-kira 8.30 malam ini bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam ini, yang akan turut dihadiri tokoh-tokoh penting Umno, BN, PH, serta GRS dan Warisan.
PETALING JAYA:
Anwar Ibrahim dijangka hadir di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, malam ini bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Perdana menteri dijadualkan hadir kira-kira 8.30 malam ini, menurut jurucakap sekretariat yang dihubungi Berita Harian.

Mesyuarat tersebut juga akan dihadiri Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, dan tokoh penting lain daripada Barisan Nasional (BN); serta pemimpin utama Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Warisan.

Pada perhimpunan agung Umno lalu, Zahid mengumumkan penubuhan sekretariat itu yang ditubuhkan bersama parti-parti dalam kerajaan perpaduan dan diketuai Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut Zahid, sekretariat itu antara lain bertujuan menjamin kelangsungan kerajaan perpaduan, dan dari semasa ke semasa akan membincangkan perjalanan kerajaan dan langkah ke hadapan, termasuk berhubung kerjasama politik.

Anwar dipecat daripada Umno pada 3 Sept 1998, selepas dilucutkan jawatan timbalan perdana menteri dalam pentadbiran Dr Mahathir Mohamad ketika itu atas dakwaan rasuah dan liwat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.