
Ini berikutan beberapa aduan daripada wartawan yang tidak dijemput untuk sidang media mingguan di Jabatan Perdana Menteri.
Dalam kenyataan, Gerakan Media Merdeka (Geramm) berkata kerajaan perlu memastikan semua wartawan mempunyai akses yang adil untuk bertanya soalan berbangkit kepada perdana menteri atau Jemaah Menterinya.
“Pentadbiran terdahulu menggunakan alasan Covid-19 untuk menyekat kehadiran wartawan di JPM selain daripada media rasmi seperti Bernama dan RTM, kini jelas alasan itu tidak dapat digunakan lagi.
“Walaupun tidak semua agensi media mempunyai wakil di Putrajaya, sudah pasti akan ada wartawan yang boleh ditugaskan untuk hadir sekiranya perlu.
“Kami tegaskan media mempunyai hak untuk bertanya dan kerajaan berhak menjawab atau sebaliknya,” katanya.