251 kes baharu Covid-19 direkod

251 kes baharu Covid-19 direkod

Semua kes baharu terdiri daripada jangkitan tempatan dan tiada kes import dilaporkan.

Menurut data KKMNOW, jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 5,036,593 kes, dengan kematian kekal sebanyak 36,942 kes.
PETALING JAYA:
Sebanyak 251 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam.

Menurut data di laman web KKMNOW, semua kes baharu terdiri daripada jangkitan tempatan dan tiada kes import dilaporkan. Tiada kematian juga direkodkan.

Angka itu meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 5,036,593 kes, dengan kematian kekal sebanyak 36,942 kes.

Setakat semalam, sebanyak 9,790 kes masih aktif, termasuk 15 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan sembilan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 401 pesakit atau 4.1% menerima rawatan di hospital.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.