
Menterinya V Sivakumar berkata, laporan itu boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pekerja.
“Ini tidak menggambarkan keseluruhan sektor di Malaysia dan juga boleh menimbulkan kekeliruan dari segi penetapan gaji minimum semasa.
“Semakan gaji minimum semasa serta penetapan gaji minimum baharu yang bersesuaian adalah menggunakan formula yang dipersetujui antara majikan, pekerja dan kerajaan.
“Gaji minimum semasa akan disemak setiap dua tahun mengikut Seksyen 25(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Laporan Pasaran pekerjaan dan Trend Gaji 2023 yang diterbitkan Randstad pada 17 Jan lalu mendakwa pekerja di Malaysia boleh menjangkakan pelarasan gaji antara 3% hingga 20% untuk sektor teknologi, pembuatan dan pembinaan.
Laporan itu berdasarkan kajian terhadap 2,534 syarikat yang menggajikan lebih 1,200 pekerja.