
Mohd Zainal Mat Daham, 41, didakwa melakukan perbuatan tersebut sehingga menyebabkan haiwan itu mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan hadapan dan belakang.
Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di hadapan pos pengawal sebuah kawasan perumahan di Bandar Puncak Alam dekat sini pada 8.30 malam, 29 Okt tahun lepas.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama, yang membawa hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor Mohd Sharif Sabran memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan yang rendah atas alasan dia penanggung utama keluarga.
Hakim Zafirah Zainal Abidin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah
Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Feb ini.