269 kes baharu Covid-19 dicatat

269 kes baharu Covid-19 dicatat

Kes baharu terdiri daripada 266 jangkitan tempatan dan tiga kes import.

Dengan kes baharu yang dicatatkan semalam, jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 5,036,140 kes.
PETALING JAYA:
Sebanyak 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 266 jangkitan tempatan dan tiga kes import. Tiada kematian dilaporkan.

Angka itu meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 5,036,140 kes, dengan kematian kekal sebanyak 36,940 kes.

Setakat semalam, sebanyak 9,480 kes masih aktif, termasuk 21 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 371 pesakit atau 3.9% menerima rawatan di hospital.

Seramai 285 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.