Anwar ucap takziah kepada keluarga Gopal Sri Ram

Anwar ucap takziah kepada keluarga Gopal Sri Ram

Gopal Sri Ram dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital minggu lepas kerana jangkitan paru-paru.

Menerusi ciapan di Twitter rasmi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendoakan semoga urusan keluarga mendiang Gopal Sri Ram dipermudahkan.
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga timbalan pendakwa raya kanan yang juga peguam, Gopal Sri Ram yang meninggal dunia hari ini, pada usia 79 tahun.

Menerusi ciapan di Twitter rasmi, Anwar mendoakan semoga urusan keluarga mendiang dipermudahkan serta mendoakan keluarga kuat dan cekal menghadapi khabar duka berkenaan.

“Takziah kepada keluarga mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram atas pemergian mendiang. Semoga urusan keluarga dipermudah dan keluarga kuat serta cekal berdepan khabar duka ini,” kata perdana menteri.

Berita kematian bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam kepada Bernama hari ini dan menurutnya mendiang meninggal dunia pada 12.15 tengah hari tadi di sebuah hospital swasta di sini.

Sri Ram dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu minggu lepas kerana jangkitan paru-paru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.