Polis Sabah sahkan penahanan 8 pegawai, anggota berkait kes di Tawau

Polis Sabah sahkan penahanan 8 pegawai, anggota berkait kes di Tawau

Polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menyiasat kes terbabit yang melibatkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lapan pegawai dan anggota polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes di Tawau di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah.
KOTA KINABALU:
Lapan anggota polis terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes melibatkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Idris Abdullah, berkata polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan kes terbabit.

“PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata kes berkenaan masih dalam peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan.

Beliau berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan media diharap tidak membuat sebarang spekulasi terutama mengaitkan isu keselamatan di negeri ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.