
Malah katanya, beliau tidak patah semangat malah akan terus berjuang demi bangsa, agama dan tanah air.
“Apa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk terus cekal berjuang demi bangsa, agama dan tanah air, ini bukanlah pengakhiran, ia adalah permulaan baharu,” katanya di Instagram.
Menurutnya, langkah seterusnya yang akan diambil iaitu berbincang dengan kepimpinan Umno Sembrong berhubung hala tuju ke hadapan.
Hishammuddin yang juga bekas menteri pertahanan antara empat pemimpin kanan parti itu yang digantung keahlian kerana didakwa melanggar disiplin parti sewaktu PRU15.
Tiga pemimpin lain adalah bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang
UMNO turut bertindak memecat keahlian bekas ketua pemuda Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Noh Omar.
Pemecatan dan penggantungan terbabit dibuat pada mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat Umno malam semalam.