Tiang utama retak, laluan LRT Ampang-Sri Petaling alami kelewatan

Tiang utama retak, laluan LRT Ampang-Sri Petaling alami kelewatan

Rapid KL melaporkan berlaku keretakan tiang utama berhampiran Stesen Bandaraya.

Rapid KL menasihatkan pengguna laluan LRT Ampang-Sri Petaling untuk menggunakan pengangkutan alternatif lain berikutan kelewatan yang berlaku pagi ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Laluan LRT Ampang/Sri Petaling mengalami kelewatan pagi ini disebabkan keretakan tiang utama berhampiran Stesen Bandaraya, menurut Rapid KL.

Pengendali perkhidmatan transit aliran ringan itu memaklumkan perkara itu menerusi catatan Facebook pada 6.39 pagi ini.

Untuk memastikan keselamatan keselamatan pengguna, Rapid KL mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif.

Menurut Rapid KL, tren dari Ampang dan Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Plaza Rakyat, dengan kekerapan 18 minit di Bukan Daerah Pusat Perniagaan, dan 9 minit di Daerah Pusat Perniagaan.

Sementara itu, tren perantara akan bergerak dari Stesen Plaza Rakyat ke Masjid Jamek, dengan kekerapan 6 minit, manakala tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya, juga dengan kekerapan 6 minit.

Rapid KL turut menasihatkan pengguna untuk menggunakan pengangkutan alternatif lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.