172 kes baharu Covid-19, 3 kematian dicatat

172 kes baharu Covid-19, 3 kematian dicatat

Kes baharu terdiri daripada 171 jangkitan tempatan dan satu kes import.

Setakat semalam, sebanyak 9,627 kes Covid-19 masih aktif, termasuk 13 pesakit ditempatkan di ICU.
PETALING JAYA:
Kes baharu Covid-19 meningkat semalam dengan 172 kes dilaporkan, berbanding 132 kes pada hari sebelumnya

Tiga kematian turut dicatatkan, semuanya berlaku di luar hospital (BID).

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 171 jangkitan tempatan dan satu kes import.

Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 5,035,377 kes, dengan kematian sebanyak 36,936 kes.

Setakat semalam, sebanyak 9,627 kes masih aktif, termasuk 13 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 10 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 369 pesakit atau 3.8% menerima rawatan di hospital.

Seramai 325 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.