Mangsa banjir di Sabah meningkat 6,313 orang

Mangsa banjir di Sabah meningkat 6,313 orang

Jumlah berkenaan membabitkan 2,817 keluarga daripada lima daerah yang terjejas iaitu di Paitan, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Lahad Datu.

Beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menjalankan-kerja menyelamat mangsa banjir di Kudat dan Kota Marudu, semalam. (Gambar APM)
KOTA KINABALU:
Jumlah mangsa banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini meningkat kepada 6,313 orang setakat jam 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, jumlah berkenaan membabitkan 2,817 keluarga daripada lima daerah iaitu di Paitan, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Lahad Datu.

“Semua mangsa yang terjejas dipindahkan ke 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dibuka di daerah berkenaan.

“Sebanyak 11 PPS diaktifkan di Kota Marudu, tujuh PPS di Paitan, empat PPS di Pitas, tiga PPS di Kudat dan satu PPS di Lahad Datu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, tiga PPS dengan jumlah mangsa tertinggi ialah SK Ranau (Kota Marudu) dengan 1,280 mangsa.

“Ini diikuti dengan SM Advent Goshen (Kota Marudu) dengan 711 mangsa dan Dewan SK Sikuati (Kudat) dengan 628 mangsa.

“Trend semasa situasi banjir di negeri ini masih menunjukkan peningkatan dengan penambahan jumlah mangsa di PPS,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.