Bakar Quran: Wisma Putra panggil utusan Sweden

Bakar Quran: Wisma Putra panggil utusan Sweden

Ini bagi menegaskan pendirian negara mengutuk 'tindakan keji' ahli politik berhaluan kanan negara itu membakar al-Quran di Stockholm.

Wisma Putra menegaskan pendirian negara ini terhadap kejadian di Stockholm itu.
PETALING JAYA:
Kementerian luar memanggil kuasa usaha sementara Kedutaan Sweden di Kuala Lumpur hari ini bagi menegaskan pendirian negara mengutuk “tindakan keji” ahli politik berhaluan kanan negara itu membakar al-Quran di Stockholm.

“Kementerian menyuarakan bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap keengganan berterusan pihak berkuasa Sweden untuk mengambil tindakan, seterusnya membiarkan Palaudan meneruskan perbuatan buruknya termasuk kejadian serupa pada April 2022, walaupun diprotes masyarakat dunia,” katanya dalam kenyataan.

Ahli politik terbabit, Ramus Paludan, membakar Al-Quran ketika menunjuk perasaan di depan Kedutaan Turki di ibu negara Sweden, Stockholm, pada 21 Jan lepas, dengan kebenaran polis negara itu.

Menurut laporan Al-Arabiya, Paludan dalam permitnya menyatakan tunjuk perasaan itu adalah terhadap Islam dan cubaan presiden Turki, mempengaruhi kebebasan bersuara di Sweden.

Pembakaran kitab suci itu mengundang kecaman banyak pihak, termasuk Amerika Syarikat yang menarik perhatian bahawa pembakaran itu berlaku ketika Sweden perlukan persetujuan Turki untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.