
PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 terus terkawal apabila merekodkan penurunan selepas cuti umum Tahun Baharu Cina dengan 101 kes baharu dilaporkan semalam.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 100 kes jangkitan tempatan dan satu kes import.
Tiada kematian dilaporkan.
Ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 sebanyak 5,035,073 kes sementara kematian kekal 36,932.
Setakat semalam, sebanyak 9,998 kes masih aktif, termasuk 12 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 10 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 351 pesakit atau 3.5% menerima rawatan di hospital.
Seramai 315 pesakit dilaporkan sembuh.