5 Feb cuti peristiwa Thaipusam di Kedah

5 Feb cuti peristiwa Thaipusam di Kedah

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan kelulusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Exco yang diadakan pada 18 Jan lepas.

Kuil Sri Subramaniyar di Sungai Petani popular dengan sambutan Thaipusam di Kedah.
ALOR SETAR:
Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Feb ini bersempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kelulusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Exco yang diadakan pada 18 Jan lepas.

“Pemberian cuti peristiwa ini bertujuan memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini untuk meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.

“Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat sebaik-baiknya memandangkan ia jatuh pada hari Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.