Mahani Idris, isteri Daim meninggal dunia

Mahani Idris, isteri Daim meninggal dunia

Mahani Idris dijangka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Isteri kepada bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, Mahani Idris, dilaporkan meninggal dunia, pada Ahad malam. (Gambar Youtube)
PETALING JAYA:
Mahani Idris yang juga isteri kepada bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, dilaporkan meninggal dunia, pada Ahad malam.

Menurut Astro Awani, punca pemergiannya tidak dapat dikenal pasti.

“Dengan berat hati ingin memaklumkan kepada semua bahawa Mami (Mahani Idris) telah kembali dengan aman kepada Yang Maha Esa,” menurut sumber rapat dengan keluarga allahyarham.

Difahamkan, jenazah akan dimandikan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 10 pagi.

Jenazah akan disembahyangkan di Surau Hidayat, Seri Kembangan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham turut meninggalkan lima orang anak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.