
Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mayat wanita berusia 42 tahun itu ditemukan pada 11.36 pagi, kira-kira 50m dari lokasi dia dikatakan terjun semasa melarikan diri dari serbuan operasi narkotik di kawasan tersebut.
“Kejadian disaksikan oleh seorang lelaki Rohingya yang cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berjaya kerana keadaan air pasang dan arus deras,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan anak lelaki mangsa, wanita itu didapati mempunyai masalah ketagihan dadah dan kerap ke lokasi berkenaan untuk melepaskan gian.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.