Umno minta Hadi jangan cari dalil halalkan rasuah pengundi

Umno minta Hadi jangan cari dalil halalkan rasuah pengundi

Isham khuatir ahli politik akan menggunakan alasan 'sedekah' untuk merasuah pengundi agar menang pilihan raya dan mengambil rasuah apabila memerintah.

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil berkata erti “suapan” dan “menyogok” telah dijelaskan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Akta Kesalahan Pilihan raya.
PETALING JAYA:
Tindakan Hadi Awang mempertahankan pemberian wang selepas PAS dituduh menyogok pengundi beberapa hari sebelum PRU15 dibidas Umno dengan petikan undang-undang.

Ketua Penerangan Isham Jalil berkata erti “suapan” dan “menyogok” telah dijelaskan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Kesalahan Pilihan raya.

“Hadi, janganlah cari dalil untuk halalkan rasuah pengundi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau khuatir ahli politik akan menggunakan alasan ‘sedekah’ untuk merasuah pengundi agar menang pilihan raya dan mengambil rasuah apabila memerintah.

“Ke manakah sistem politik dan demokrasi negara ini ingin dituju apabila parti dan ahli politik boleh sewenangnya merasuah pengundi atas nama ‘sedekah’?” soalnya.

Terdahulu, Hadi mempertahankan pemberian wang selepas PAS didakwa menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan Terengganu, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Ia susulan langkah Umno Terengganu memfailkan petisyen kepada mahkamah, untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, dan Kemaman, serta Marang yang dimenangi Hadi dengan majoriti 41,729 undi.

“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi. Jadi orang awam nak bagi sedekah terpulang pada dia lah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.