
Malah, Zaliha berkata, pelaporan kes harian Covid-19 juga kekal tiga digit, sejak 17 Dis lalu.
Katanya, sejumlah 28,705 pengembara dari China dilaporkan tiba di negara ini sejak 8 hingga 17 Jan dan hanya seorang daripada mereka dikesan mengalami demam semasa saringan.
“Bagaimanapun, ujian RTK-Ag yang dijalankan ke atas pengembara tersebut adalah negatif.
“Tiada pengembara dari China dikesan positif Covid-19 di pintu masuk antarabangsa negara setakat ini,” katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, Zaliha menasihatkan individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin Covid-19 segera mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang menjelang musim sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Sementara itu, beliau berkata, berlaku peningkatan trend dalam pengambilan dos penggalak kedua di fasiliti kesihatan di seluruh negara sejak dua minggu lalu.
“Berbanding 1 Jan, pengambilan dos penggalak pertama meningkat daripada 49.8% atau 16,279,746 dos kepada 49.9% iaitu sebanyak 16,292,524 dos.
“Dos penggalak kedua juga menyaksikan peningkatan iaitu sebanyak 2.2% atau 733,668 dos berbanding 1.9% atau 633,941 sebelum ini,” katanya.