Lagi mufti tolak pemberian ubat cegah HIV kepada LGBT

Lagi mufti tolak pemberian ubat cegah HIV kepada LGBT

Wan Salim Wan Mohd Noor berkata pendiriannya itu berpandukan kepada kefahaman agama yang dimiliki.

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pemberian ubat itu perlu dibatasi hanya kepada individu yang sering berhubungan secara fizikal dengan pesakit HIV, contohnya isteri penagih dadah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor bersetuju dengan Jabatan Mufti Selangor berkaitan nasihat Jabatan Mufti Selangor yang melarang pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) untuk mencegah jangkitan HIV untuk golongan yang mengamalkan gaya hidup songsang.

Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pemberian ubat itu perlu dibatasi hanya kepada individu-individu yang sering berhubungan secara fizikal dengan pesakit HIV, contohnya isteri penagih dadah.

Beliau juga sependapat dengan Jabatan Mufti Selangor yang tidak bersetuju ubat pencegahan itu diberikan kepada pengamal LGBT.

“Ini seolah-olah menggalakkan lagi perbuatan keji itu menggalakkan lagi perbuatan keji yang mereka lakukan,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Wan Salim berkata, pendiriannya itu berpandukan kepada kefahaman agama yang dimiliki.

“Kita hidup dalam sebuah negara demokratik di mana setiap orang bebas mengeluarkan pandangan.

“Saya tiada kuasa untuk memaksa pandangan saya ke atas mana-mana individu atau pihak lain,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan CEO Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan Dan Sosial, Azrul Mohd Khalib yang menepis nasihat Jabatan Mufti Selangor itu yang dianggap sebagai tidak tepat dan mungkin mengelirukan orang ramai.

Pada 1 Dis lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa ia sedang berusaha meningkatkan penggunaan PrEP dengan menyediakannya secara percuma di klinik kesihatan awam terpilih di negeri yang mempunyai jumlah kes tinggi bermula dari Januari 2023.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.