Remaja perempuan maut dihempap pokok tumbang

Remaja perempuan maut dihempap pokok tumbang

Bomba berkata mangsa yang berusia 14 tahun itu maut selepas dihempap pokok tumbang di Taman Permainan Balok Baru 1 hari ini.

Bomba berkata, pihaknya memberi bantuan awal kepada remaja itu yang dihempap pokok sebelum mangsa dihantar ke hospital menaiki kenderaan keluarganya.
KUANTAN:
Seorang remaja perempuan meninggal dunia dipercayai dihempap pokok tumbang di Taman Permainan Balok Baru 1 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa mangsa berumur 14 tahun itu pada 9 malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pahang Ismail Abdul Ghani pula berkata tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng telah dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.35 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa perempuan telah dihempap pokok, pasukan bomba telah memberikan bantuan awal sebelum mangsa dihantar ke hospital dengan kenderaan keluarganya,” menurut beliau dalam kenyataan malam ini.

Katanya kejadian pokok tumbang itu juga mengakibatkan empat kenderaan dan kabel elektrik terjejas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.