318 kes baharu Covid-19 dicatat

318 kes baharu Covid-19 dicatat

Kes baharu terdiri daripada 317 jangkitan tempatan dan satu kes import.

Setakat semalam, sebanyak 10,377 kes Covid-19 masih aktif, termasuk 398 pesakit yang menerima rawatan di hospital.
PETALING JAYA:
Sebanyak 318 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 317 jangkitan tempatan dan satu kes import. Tiada kematian dilaporkan.

Angka itu meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 5,033,943 kes, dengan kematian kekal sebanyak 36,923 kes.

Setakat semalam, sebanyak 10,377 kes masih aktif, termasuk 19 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 15 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 398 pesakit atau 3.8% menerima rawatan di hospital.

Seramai 331 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.