Majlis ulama Umno mahu tarbiah ahli, bentuk jati diri Islam

Majlis ulama Umno mahu tarbiah ahli, bentuk jati diri Islam

Khairuddin Aman Razali berkata sukatan program tarbiyah akan dirumuskan bagi usaha memantapkan asas Islam dalam kalangan ahli.

Ahli majlis ulama Umno, Khairuddin Aman Razali berkata parti itu perlukan bimbingan ilmuan agama untuk mengembangkan Islam.
PETALING JAYA:
Majlis ulama Umno akan menjadi platform untuk mentarbiyah ahli parti, bagi membentuk jati diri dan memantapkan kefahaman tentang Islam.

Ahli majlis, Khairuddin Aman Razali, berkata sukatan program terbiyah akan dirumuskan bagi usaha memantapkan asas Islam dalam kalangan ahli dan penyokong Umno.

Katanya kepada FMT, usaha ini “selaras dengan perlembagaan parti yang meletakkan Islam di depan,” dan menambah program itu juga untuk keluarga para ahli dan masyarakat sekitar mereka.

“Di sinilah peranan ulama sangat diperlukan kerana tiga tugasan utama iaitu ‘menegak’, ‘mempertahan’, dan ‘mengembangkan’ Islam perlu bimbingan dan pimpinan oleh alim ulama,” katanya, merjuk kepada fasal 3.1 perlembagaan Umno.

Umno baru-baru ini mengumumkan penubuhan majlis ulama untuk membimbing parti, serta mengukuhkan usaha dakwah dan pentarbiyahan ahli.

Bekas yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah, Dusuki Ahmad dilantik sebagai pengerusi, dan dibantu Khairuddin, yang juga bekas setiausaha majlis syura ulama PAS.

Pembentukan majlis itu pertama kali dicadangkan pada perhimpunan agung parti 12 tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.