371 kes baharu Covid-19, 4 kematian

371 kes baharu Covid-19, 4 kematian

Kes baharu terdiri daripada 370 jangkitan tempatan dan satu kes import.

Setakat semalam, sebanyak 10,390 kes Covid-19 masih aktif, termasuk 16 pesakit ditempatkan di ICU. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kes harian Covid-19 mencatatkan 371 jangkitan baharu, dengan empat kematian semalam.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 370 jangkitan tempatan dan satu kes import.

Angka itu meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 5,033,625 kes, dengan kematian sebanyak 36,923 kes.

Setakat semalam, sebanyak 10,390 kes masih aktif, termasuk 16 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 404 pesakit atau 3.9% menerima rawatan di hospital.

Seramai 304 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.