
Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau sebarang pertanyaan lanjut, mereka diminta menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.
“Setakat ini, tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan dan kerosakan infrastruktur masih lagi sedang dinilai oleh pihak berkuasa.
“Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan segera hubungi talian 62 61 4531342, 62 61 4523992 atau emel [email protected],” lapor Berita Harian.
Media sebelum ini melaporkan, satu gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku pada 5.30 pagi waktu tempatan di daerah Aceh dan Sumatera Utara, Indonesia.