Kes Covid-19 turun 21% minggu lalu

Kes Covid-19 turun 21% minggu lalu

Jumlah jangkitan tempatan menurun kepada 2,497 minggu lalu, berbanding 3,213 kes minggu sebelumnya.

Sejumlah 5,032,433 kes Covid-19 direkodkan di negara ini sejak Januari 2020.
PETALING JAYA:
Bilangan kes baharu Covid-19 pada minggu epidemiologi ke-2 atau 8 hingga 14 Jan merekodkan penurunan 21.9% dengan 2,525 jangkitan berbanding 3,231, minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dalam tempoh itu bilangan kes tempatan menunjukkan penurunan 22.3% iaitu daripada 3,213 kes kepada 2,497 kes.

“Bilangan kes import pula meningkat sebanyak 55.6% iaitu 18 kes kepada 28 kes,” katanya dalam kenyataan berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, bagaimanapun bilangan kes kematian meningkat 61.9% iaitu 34 kes pada minggu itu berbanding 21 minggu sebelumnya.

“Purata kes aktif setiap hari bagi minggu lalu menurun sebanyak 3.3% iaitu (11,278 kes kepada 10,901 kes),” katanya memaklumkan purata nilai kadar kebolehjangkitan (RT) direkodkan pula ialah 0.89 pada minggu berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.