
“Tren berhenti lebih lama antara stesen Damai dan Setiawangsa kerana suis tidak berfungsi,” katanya di Twitter.
“Untuk sebarang bantuan, penumpang boleh merujuk kepada kakitangan RapidKL atau polis bantuan.”
“Kerja baik pulih suis selesai dijalankan. Kekerapan tren sedang diselaraskan dan jadual perjalanan akan kembali normal sebentar lagi. Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.
Ini adalah kali kedua dalam tempoh kurang dua minggu laluan Kelana Jaya mengalami kerosakan suis.
Pada 5 Jan, kerosakan suis menyebabkan tren berhenti untuk tempoh lebih lama antara stesen Universiti dan KL Sentral menuju ke Gombak.
Bulan lalu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memberitahu penumpang pihaknya menjangkakan berlaku gangguan LRT laluan Kelana Jaya dalam beberapa bulan akan datang sehingga suku ketiga tahun ini.
Loke berkata, terdapat 56 set tren LRT beroperasi di laluan Kelana Jaya, di mana 18 daripadanya sedang diselenggara, bermakna hanya 38 sedang digunakan.
Beliau berkata, inilah sebabnya mengapa kekerapan tren dijadualkan setiap lima minit sejak kebelakangan ini, walaupun pada waktu puncak.